Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur Idaman

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur
Ruang dapur merupakan ruang yang penting. Ia bukan sahaja ruang untuk memasak dan di kunjungi oleh si tukang masak tapi oleh seluruh ahli rumah. Ruang dapur yang bersih, kemas dan tersusun adalah menjadi idaman setiap orang.

Bagaimana hendak mendapatkan kreativiti ruang dapur yang mempunyai dekorasi terbaik?
Kali ini kita belajar sedikit tentang tips untuk menggubah dekorasi ruang dapur anda untuk menjadi lebih kemas, bersih, tersusun serta selamat dan sesuai untuk dapur basah mahupun dapur kering anda. Sesuai bagi mereka yang mahu berpindah ke rumah baru atau mahu mengubah suai serta mendekorasi ruang dapur anda.

1. Keluasan ruang dapur.

Bagi yang mempunyai ruang dapur yang besar dan luas, pasti anda tidak mempunyai banyak masalah untuk membuat susun atur. Kreativiti dekorasi idaman anda pastilah tidak terbatas. Segala benda dengan mudah boleh masukkankan.

Namun bagi yang mempunyai ruang dapur yang terhad dan sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur.

Oleh itu, perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Cara terbaik adalah mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik. Semasa membuat susunan, pastikan kedudukan pintu, tingkap dan laluan bergerak agar anda tidak tersilap dalam mengatur susunan.
Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

2. Peralatan di dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurSudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan sebuah peti sejuk. Tambahan pula adalah kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur.

Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak.

Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keperluan dan keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur idaman anda tidak berlebihan dan menjadikan ruang dapur sempit dan terasa sesak.
Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur
Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

3. Pencahayaan dan pengudaraan.

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurCahaya cukup penting bagi ruang dapur. Ingat...gula dan garam hampir sama tapi berbeza rasa, tanpa cahaya manakan mampu dengan mata kasar anda membezakannya.

Pastikan juga lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangai tempat kerja anda serta cukup terang untuk anda melihat sesuatu benda dengan mudah.

Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.
Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar. Ingat! Jangan sampai anda lemas di ruang dapur anda sendiri.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur
Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

4. Pemilihan material dan warna

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurSebuah dapur adalah lokasi dimana tempat yang amat mudah kotor dan basah. Oleh itu material untuk permukaan lantai dan dinding mestilah mudah dicuci. Terutama di dinding dapur dan singki.

Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur...pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.

Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian.

Sekarang ini warna-warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda. Sebagai panduan anda, pilihlah warna-warna cerah dan terang kerana dapat membuatkan ruang dapur anda tampak luas secara ilusi berbanding warna-warna gelap.

Dapatkan teknik dekorasi bajet terbaik yang menarik dan mudah di aplikasi

Anda sebenarnya boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma dari kedai cat. Namun begitu, tiada warna khusus sebenarnya dalam kreativiti dekorasi ruang dapur idaman anda...Jangan takut bermain dengan warna, ikutlah pada selera anda tetapi jangan sampai jadi carca marba pula.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur
Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

5. Perhiasan di dapur

Dapur merupakan tempat yang sentiasa di kunjungi. Anda juga pasti akan selalu berada di dapur. Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda.

Anda boleh alaskan meja anda dan hiaskan ia dengan pasu bersama bunga yang segar. Gantunglah sesuatu di dinding dapur anda dengan perhiasan seperti gambar, jam dan apa sahaja yang menarik untuk menceriakan suasana ruang dapur anda. Berikan juga langsir yang bersesuaian untuk tingkap, tidaklah ianya kelihatan bogel sahaja.

Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan pula. Jangan sampai perhiasan itu menyusahkan anda. Ingat...minima itu adakalanya lebih menarik dan selesa.
Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

6. Keselamatan di dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurDi dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Antaranya adalah seperti tempat letak peralatan tajam seperti pisau mestilah di kedudukan yang selamat dari mudah di capai si kecil anda. Tong gas pula sebaiknya tidak terdedah. Pendawaian elektrik tersorok dan jauh dari tempat memasak dan singki.

Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Kebersihan memainkan faktor penting...lantai dan permukaan kerja anda mestilah bersih agar tidak terjadi kejadian yang tidak diingini. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.
Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

Dekorasi Untuk Keselesaan dan Menawan

Untuk melakukan dekorasi bagi sesebuah ruang dapur yang baik adalah bila anda dapat melakukan kerja dengan senang dan selamat serta mudah diselenggarakan. Bila anda berasa selesa itu bermakna anda berjaya. Untuk nampak kemas dan cantik pula...jangan terlalu banyak meletak barangan terdedah di luar/atas meja dan kabinet dapur. Sebaiknya tersorok dan tertutup tetapi mudah di akses.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

Cantik itu subjektif...yang penting adalah pandangan mata anda kerana anda yang sentiasa akan melihatnya setiap hari...oleh itu buatlah kreativiti dekorasi ruang dapur mengikut pilihan, kehendak dan selera anda.

See Also : Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Anak Anda

Semoga apa yang saya berikan dapat membuka minda dan memberi idea untuk anda melakukan kreativiti dekorasi terbaik untuk ruang dapur idaman anda. Tapi ingatlah...yang paling perlu diutamakan adalah keselesaan dan keselamatan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »