Kreativiti Rekaan Rak Buku Di Ruang Tamu & Bilik

Kreativiti Rekaan Rak Buku Di Ruang Tamu dan Bilik: Assalamualaikum... Entri kreativiti kali ini memperlihatkan kepada anda akan kepelbagaian jenis rekaan rak buku untuk simpanan buku mahupun cenderahati malahan apa sahaja barangan yang bersesuaian juga boleh di letakkan di ruang tamu mahupun bilik anda. 
Rekaan kreatif yang mencabar minda perekanya untuk menghasilkan sebuah rekaan yang menarik, kreatif, unik serta elegan untuk memuaskan citarasa setiap insan.
Rekaan rak yang mampu merubah ruang di rumah anda agar tampak menarik, unik dan eksklusif. Rekaan yang diluar kotak pasti mengujakan anda dan menawan tetamu yang datang. Memperlihatkan keanggunan, citarasa serta menonjolkan keperibadian istimewa pemiliknya.

Rekaan Untuk Idea Dan Ilham

Semoga kreativiti rekaan rak buku yang di perlihatkan disini dapat penyuntik idea dan ilham buat anda dalam mendekorasikan ruang di rumah anda sehingga dapat menggoda setiap mata yang memandang di samping berfungsi sebagai rak yang berguna buat anda.
kreativiti rekaan rak
Rekaan rak yang biasa tetapi di ceriakan dengan pelbagai warna untuk memberi mood ceria dan menawan.
kreativiti rekaan rak
Hanya dengan mengubah kecondongan, sebuah rak biasa di dinding kelihatan sungguh menarik dan unik. Inilah hasil dari idea yang kreatif 
kreativiti rekaan rakkreativiti rekaan rak
Susunan rak tidak semestinya sentiasa selari serta lurus menegak. Warna-warna juga tidak semestinya hanya satu warna dan gelap. Cubalah gabungan pelbagai warna serta jangan takut untuk bereksperimen dengan warna yang terang. 
Warna-warna penting untuk memberi kesan emosi atau kepelbagaian mood di ruang rumah anda.


kreativiti rekaan rak
Adakalanya rak mungkin tidak sesuai diruang yang sempit. Untuk menyimpan koleksi buku-buku anda, mungkin idea kreatif ini amat sesuai. kemas, simple dan menjimatkan ruang.


kreativiti rekaan rak
Rekaan rak juga sangat penting untuk menambah seri ruang anda. Ianya pasti menjadi tumpuan pandangan. Oleh itu, kreativiti rekaan rak yang anggun dan eksklusif mampu memberikan suatu pandangan yang mempersonakan di ruang rumah anda.
kreativiti rekaan rak 
kreativiti rekaan rak
Rak juga tidak semestinya berbentuk kotak. Rekaan rak juga mampu memberikan satu hasil karya seni yang menarik dan kreatif tetapi masih dapat mengekalkan fungsinya.


kreativiti rekaan rak
Begitu juga dengan kepelbagaian bentuk dan saiz untuk ruang rak, ianya juga jika digabungkan akan menghasilkan rekabentuk rak yang sungguh unik dan mengagumkan. 
Dapat memberi ruang untuk pelbagai barangan dengan pelbagai bentuk boleh diletakkan.


kreativiti rekaan rak

Kreativiti rekaan rak yang tergantung di dinding lebih sesuai buat ruang yang sempit. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengubah posisi perabot dan peralatan disamping senang untuk anda menyapu...
kreativiti rekaan rak 
kreativiti rekaan rakkreativiti rekaan rak
Jika inginkan kreativiti rekaan rak yang sedikit luar biasa dan unik. Rekaan rak diatas ini pasti sesuai buat anda. Rekaan menarik ini memberi daya tarikan buat sesiapa sahaja yang memandang. Menawan dan mengujakan!
kreativiti rekaan rak
Kreativiti rekaan rak yang menarik ini di reka untuk anda yang selalu inginkan perubahan bentuk dan susunan rak anda. 
Ianya mencabar minda anda untuk menjadi kreatif dalam menyusun rak untuk memberi hasil sebuah rekaan rak yang menarik dan menyeri ruang tanpa mengabaikan fungsi rak tersebut
kreativiti rekaan rak
Kreativiti rekaan rak yang menarik dan mempersonakan apatah lagi dengan rekaan yang unik dan kreatif pasti menjadikan ruang di rumah anda sangat menawan. 

Namun harus di ingat...rekaan rak tersebut mestilah berpadanan dengan suasana, tema, perabot serta peralatan yang terdapat di ruang tersebut agar tidak kelihatan terlalu janggal. 

Rak Untuk Kemudahan Dan Mencantikkan Ruang

Sebuah rak mungkin mampu memberi suasana ruang yang berbeza. Bijaklah dalam memilihnya. Jangan pula terlalu menekan kepada rekaan tapi kajilah juga fungsi dan kegunaannya agar tidak sekadar menjadi barang perhiasan sahaja.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »